Saturday, June 16, 2012

Deposit RM50

Mulai 1 Julai 2012, pihak kami akan mengenakan deposit sebanyak RM50 bagi menerima tempahan DM Homestay dan Aida Homestay. Deposit ini terpaksa dikenakan disebabkan oleh beberapa pelanggan yang telah membuat tempahan tetapi tidak memaklumkan kepada pihak kami atas pembatalan tempahan tersebut atas faktor-faktor tertentu. Perkara ini amat mendukacitakan dan menyusahkan pihak kami bagi urusan menerima tempahan dari pelanggan yang lain. Oleh yang demikian, pengenaan caj deposit ini terpaksa dikenakan bagi membuktikan komitmen pelanggan dan tanggungjawab pelanggan atas tempahan yang telah dibuat. Pihak kami sentiasa berusaha untuk memantapkan kualiti perkhidmatan kami kepada pelanggan-pelanggan kami. Sekian terima kasih.