Friday, May 20, 2011

Maklumat tempahan

Kepada semua pelanggan yang dikasihi,

Sekiranya tuan/puan ingin membuat tempahan di homestay kami, tuan/puan perlu mengesahkan tarikh tempahan, tempoh bermalam, nama penuh, tempat tinggal dan pilihan homestay ( DM Homestay atau AIDA Homestay ) untuk kegunaan rekod data tempahan kami.

SMS : Tarikh Tempahan < >Tempoh Bermalam < > Nama Penuh < > Asal < > Pilihan Homestay

Contoh : 20.05.11 1malam Norhalim Nordin Johor DM Homestay

Maklumat diatas hendaklah dihantar ke : 012-7429609 @ 0137993808

Terima Kasih atas sokongan tuan / puan.

Saturday, April 23, 2011

Deposit untuk tempahan.

Untuk makluman kepada pelanggan kami yang dihormati, pihak DM Homestay tidak mengenakan sebarang caj deposit untuk setiap tempahan yang dibuat. Namun pihak DM Homestay mengalu-alukan kerjasama tuan/puan untuk memaklumkan kepada kami dengan segera sekiranya tuan/puan ingin membatalkan atau tidak dapat datang ( check in ) pada hari tersebut disebabkan faktor-faktor yang mungkin tidak dapat dielakkan. Ini bagi memudahkan pihak kami mengemaskini data tempahan kami dan boleh menerima tempahan dari pihak lain.
Sekian untuk makluman.

Tuesday, February 15, 2011

Perubahan Kadar Bayaran

TERKINI!!!!!
Atas sambutan yang menggalakkan...Perubahan kadar bayaran penginapan DM Homestay semakin TURUNNNNN...semakin banyak sambutan semakin turun kadar bayaran...Klik pada ruang "Kadar Bayaran"...

Salam MAULIDUR RASUL 1432H

DM Homestay mengucapkan selamat menyambut Maulidur Rasul 1432H. Semoga sambutan tahun ini memberi keinsafan dalam kehidupan seharian kita.
Salam Keinsafan Salam Sunnah Rasullulah.

Sunday, February 13, 2011

Salam Perpisahan buat Pegawai Daerah Mersing

Pertukaran Yang Dipertua Majlis Daerah Mersing (MDM), Datuk Abdul Razak Hassan ke Majlis Daerah Segamat nyata kehilangan besar kepada warga di daerah ini berikutan sifatnya yang disegani.

Setiausaha MDM, Mohd Johari Tarmidi berkata, sifat kepimpinan yang dimiliki Abdul Razak itu akan menjadi satu tauladan kepada semua kakitangan MDM.

Beliau seorang pemimpin yang berjiwa rakyat, amat disenangi dan disayangi oleh semua warga MDM,katanya ketika berucap pada majlis perpisahan meraikan Abdul Razak di Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim di sini, kelmarin.
Sila baca pautan di bawah :

Monday, January 3, 2011

SELAMAT DATANG KE MERSING...

Kami menanti kunjungan anda ke daerah Mersing, Wilayah Pelancongan Negeri Johor 2011.