Saturday, March 17, 2012

Sambil Menginap Sambil Beramal...

Salam Muhibbah dr DM Homestay...

Mulai tahun 2012, dengan tertubuhnya Yayasan Ibunda Jamilah ( YIJ ), DM Homestay ( DMH ) akan membuat satu perubahan dalam sistem perniagaan penginapan dimana DMH akan memperuntukan 30% dari bayaran penginapan pelanggan akan disumbangkan ke dalam akaun YIJ bagi tujuan sumbangan dan kebajikan kepada masyarakat atau pertubuhan yang memerlukan. Walaupun sumbangan ini tidak besar tetapi makna disebalik tujuan ini dapat disampaikan dan mendapat rahmat dan keberkatan dari Allah. Oleh itu, pelanggan yang menginap di DMH akan turut sama menjayakan sistem ini secara tidak langsung. Semoga dengan pelaksanaan sistem ini, operasi DMH akan lebih memberangsangkan dan sumbangan yang lebih besar dapat diperuntukkan bagi tujuan tersebut. Tahniah kepada pelanggan DMH dan terima kasih.

Saturday, October 8, 2011

SRI BAYU Homestay dikenali AIDA Homestay

Salam Muhibbah,

Untuk maklumat para pelanggan kami,kini Sri Bayu Homestay dikenali sebagai Aida Homestay bagi mengkomersialkan jenama franchisee...oleh itu segala tempahan yang dibuat melalui Sri Bayu Homestay diterimapakai oleh Aida Homestay...pihak kami mengalu-alukan kesetiaan anda untuk menginap di homestay kami...sekian untuk maklumat...

Sunday, October 2, 2011

KINI SEDIA UNTUK BEROPERASI...

Bermula 3 Oktober 2011, Aida Homestay, franchisee DM Homestay telah bersedia memulakan operasi dan menerima tempahan dari anda. Dengan kadar yang lebih berpatutan iaitu RM180 / 1 malam. Aida Homestay menyediakan perkhidmatan penginapan yang dijamin memuaskan hati pelanggan. Aida Homestay menyediakan 3 bilik tidur lengkapan, 2 bilik air, ruang tamu yang selesa dan pelbagai kemudahan yang disediakan. Untuk maklumat lanjut & tempahan, sila hubungi kami....kami sedia membantu anda.

Monday, September 5, 2011

SRI BAYU Homestay, Mersing

SRI BAYU Homestay akan dibuka pada 1 Oktober 2011 dan sedia menerima tempahan penginapan tuan/puan. Maklumat lanjut dan khidmat yag disediakan akan disiarkan dalam blog dalam masa terdekat. Terima Kasih.

Friday, May 20, 2011

Maklumat tempahan

Kepada semua pelanggan yang dikasihi,

Sekiranya tuan/puan ingin membuat tempahan di homestay kami, tuan/puan perlu mengesahkan tarikh tempahan, tempoh bermalam, nama penuh, tempat tinggal dan pilihan homestay ( DM Homestay atau AIDA Homestay ) untuk kegunaan rekod data tempahan kami.

SMS : Tarikh Tempahan < >Tempoh Bermalam < > Nama Penuh < > Asal < > Pilihan Homestay

Contoh : 20.05.11 1malam Norhalim Nordin Johor DM Homestay

Maklumat diatas hendaklah dihantar ke : 012-7429609 @ 0137993808

Terima Kasih atas sokongan tuan / puan.

Saturday, April 23, 2011

Deposit untuk tempahan.

Untuk makluman kepada pelanggan kami yang dihormati, pihak DM Homestay tidak mengenakan sebarang caj deposit untuk setiap tempahan yang dibuat. Namun pihak DM Homestay mengalu-alukan kerjasama tuan/puan untuk memaklumkan kepada kami dengan segera sekiranya tuan/puan ingin membatalkan atau tidak dapat datang ( check in ) pada hari tersebut disebabkan faktor-faktor yang mungkin tidak dapat dielakkan. Ini bagi memudahkan pihak kami mengemaskini data tempahan kami dan boleh menerima tempahan dari pihak lain.
Sekian untuk makluman.

Tuesday, February 15, 2011

Perubahan Kadar Bayaran

TERKINI!!!!!
Atas sambutan yang menggalakkan...Perubahan kadar bayaran penginapan DM Homestay semakin TURUNNNNN...semakin banyak sambutan semakin turun kadar bayaran...Klik pada ruang "Kadar Bayaran"...